
| Tarikh : 29 DISEMBER 2024 Masa : 9:00 AM – 3:00 PM Lokasi : NADI PADUNGAN JUMLAH KOMUNITI : 70 ORANG |
✨ Throwback Hari Bersama Komuniti NADI Padungan 2024 ✨
Pada 29 Disember 2024, NADI Padungan dengan jayanya menganjurkan program Hari Bersama Komuniti (HBK) yang penuh meriah! Antara aktiviti menarik termasuk pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan makeup melibatkan peserta pelbagai peringkat umur, serta sesi pengenalan NADI Padungan oleh Pengurus kami.
Turut diadakan, taklimat bertajuk Safe & Shield oleh Penolong Pengurus, memberi ilmu berguna kepada komuniti. Program yang berakhir seawal jam 3.00 petang ini disambut meriah oleh semua yang hadir.
Terima kasih kepada komuniti atas sokongan padu! Nantikan lebih banyak program menarik daripada kami. 🤝
#HBK2024 #NADIPadungan #KomunitiHarmoni