NADI Padungan

Pada 1 Ogos 2025 (Jumaat) yang lalu. NADI Padungan mengalu-alukan kehadiran komuniti yang datang untuk memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online.

Syarat kelayakkan untuk permohonan ini:

1. Isi Rumah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berkahwin, atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Salah seorang pasangan mestilah berumur 21 tahun ke atas.

2. Warga Emas Tiasa Pasangan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 60 tahun ke atas.
  • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

3. Bujang:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 59 tahun.
  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
  • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS.
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas juga layak. 

Terima kasih kerana mempercayai NADI Padungan sebagai pusat sokongan digital anda. Kami sentiasa bersedia untuk membantu komuniti dengan mengakses perkhidmatan dalam talian kerajaan. Jika anda memerlukan bantuan untuk memohon atau mengemas kini butiran STR anda, sila singgah ke NADI Padungan. Kami sedia membantu anda 😄


📲 (NADI PADUNGAN) https://wasap.my/601162639628