NADI Padungan

REPOST: Malaysia makin maju dalam pendigitalan.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini rasmi diiktiraf sebagai ahli Pusat Transformasi Digital (DTC) di bawah rangkaian Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Ini merupakan satu pengiktirafan besar di peringkat dunia.

NADI menjadi pusat ke-16 dunia dalam rangkaian global ITU-DTC dan ini bukti komitmen Malaysia dalam memperluas keterangkuman digital, khususnya untuk komuniti luar bandar.

Majlis pengiktirafan sebentar tadi diadakan di NADI Kubang Semang, Bukit Mertajam, disaksikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, serta para duta dan Pesuruhjaya Tinggi dari negara-negara anggota Majlis ITU.

Lebih ramai rakyat celik digital, lebih banyak peluang ekonomi.

Syabas NADI dan MCMC!

#MADANIBekerja

#YakinMADANI