NADI Padungan

20 September 2025 – Sabtu , Komuniti Madani Padungan telah mengikuti kelas pengenalan kepada aplikasi (Tiktok) yang dikendalikan oleh petugas NADI. Program ini telah berlangsung dengan penuh semangat dan kerjasama antara peserta serta penganjur. Seramai 15 orang Komuniti Madani dari Kampung Lumba Kuda hadir bagi mengikuti kelas ini, yang bertujuan untuk memperkasa ilmu, kemahiran, dan jaringan sosial bersama masyarakat setempat. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan kelas ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.