
Nur Filzah Fatani merupakan seorang usahawan wanita kreatif yang berjaya membangunkan perniagaan sendiri selepas mengikuti kelas keusahawanan Program NADI Preneur di NADI Padungan. Melalui program ini, beliau memperoleh ilmu berkaitan keusahawanan, pemasaran digital dan pengurusan perniagaan yang menjadi asas penting dalam perjalanan perniagaannya.
Beliau mengusahakan jenama The Putih, yang memfokuskan kepada perkhidmatan wedding supplier dengan sentuhan kreatif dan eksklusif. Antara hasil kerja dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh The Putih ialah:
- Welcome Board
- Wedding Card
- Doorgift
- Hantaran
- Dekorasi majlis
Setiap produk dihasilkan dengan teliti, menekankan elemen kemasan, kreativiti dan kepuasan pelanggan. Bagi meluaskan capaian pasaran, Nur Filzah memanfaatkan sepenuhnya platform digital seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Shopee untuk mempromosikan produk, berinteraksi dengan pelanggan serta membina jenama yang lebih dikenali.
Kejayaan Nur Filzah Fatani membuktikan bahawa gabungan ilmu, kreativiti dan penggunaan platform digital yang berkesan mampu membantu usahawan tempatan berkembang dan bersaing. Kisah beliau menjadi inspirasi kepada wanita dan komuniti setempat untuk berani menceburi bidang keusahawanan dan menjadikan minat sebagai sumber pendapatan.