NADI Padungan

14 April 2025 (Isnin) , Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Padungan telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Majlis ini merupakan simbolik pembukaan rasmi pusat ini sebagai inisiatif Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkasakan masyarakat melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, yang turut menyampaikan ucapan perasmian dan menyatakan komitmen kerajaan dalam merapatkan jurang digital serta menyokong pembangunan masyarakat celik digital di seluruh negara.