NADI Padungan

1 November 2025 (Sabtu) , Sedang berlangsung minggu pertama Pertandingan Mobile Legends Season 3 peringkat negeri bawah 18 tahun yang menghimpunkan pasukan-pasukan belia dari pelbagai kawasan. Bagi edisi kali ini, pasukan NADI Padungan turut menyertai kejohanan dengan semangat juang yang tinggi, diwakili oleh enam peserta berumur antara 13 hingga 18 tahun.

Pertandingan dijalankan secara format Best of One (BO1), dan pada pusingan kali ini pasukan NADI Padungan berdepan cabaran sengit menentang NADI Melugu serta NADI Long Lama. Setiap pemain menunjukkan keazaman dan strategi tersendiri dalam usaha merebut kemenangan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Aktiviti sebegini bukan sahaja mengasah kemahiran bermain, tetapi juga membina kerjasama berpasukan, komunikasi efektif, dan pemikiran strategik dalam kalangan peserta muda. Tahniah kepada semua pemain NADI Padungan atas penyertaan dan semangat kesukanan yang tinggi! 💪🎮

#nadipadungan#MobileLegendsBangBang#NADIeSukan#nadisarawak