
Sesi 1: AI untuk Mencipta Kandungan
🕙 Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Sesi ini memfokuskan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam membantu usahawan mencipta kandungan digital seperti poster, caption media sosial, dan artikel pemasaran. Para peserta didedahkan kepada beberapa platform dan tips mudah untuk menjimatkan masa dan kos dalam penghasilan bahan promosi.
Sesi 2: Mengurus & Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital
🕑 Masa: 2.00 petang – 3.00 petang
Webinar ini memberi fokus kepada cara mengurus kempen pemasaran digital secara sistematik dan menilai keberkesanannya. Peserta diperkenalkan dengan metrik asas, analitik media sosial, serta kaedah penambahbaikan strategi pemasaran.
Maklumat Tambahan:
✅ Kedua-dua sesi ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua usahawan tempatan.
✅ Sambutan peserta sangat menggalakkan dan interaktif, dengan kehadiran lebih 70 peserta secara keseluruhan.
✅ Peserta menyatakan minat untuk mengikuti siri lanjutan yang lebih mendalam mengenai strategi digital.