Skip to main content

NADI Padungan

Utama

PERASMIAN NADI PADUNGAN

Kuching, Sarawak – 14 April 2025 (Isnin): Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, telah merasmikan dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu di Pending dan Padungan, Kuching, Sarawak hari ini, sekali gus memperkukuh usaha merapatkan jurang digital dan memperkasa komuniti setempat.

Dengan penubuhan dua buah NADI baharu ini, Sarawak kini mempunyai sebanyak 156 pusat NADI yang berperanan penting dalam merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi komuniti sejajar dengan objektif utama NADI sebagai pusat capaian Internet kolektif, pemerkasaan komuniti, serta penyebaran maklumat yang tepat dan terkini.

YB turut menyeru agar komuniti setempat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dan program yang disediakan di NADI, termasuk inisiatif pemerkasaan komuniti melalui program keusahawanan dan pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI.

Penubuhan NADI merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan pembangunan komuniti, serta komitmen serius kerajaan dalam memperluas pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI.


Program & Aktiviti di Nadi sepanjang bulan Ogos 2026 Daftar sekarang melalui WhatsApp: https://wa.me/601167429628 Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu, kemahiran dan pengalaman bersama NADI. …

Terkencing ketika batuk, bersin atau bersenam? Kelemahan otot lantai pelvis (‘pelvic floor’) boleh menjejaskan keyakinan diri dan kualiti hidup. Ia mungkin biasa berlaku tapi jangan …

Mahir Short Learning Series (SLS) Julai Mahir Masak Tajuk SLS – CITARASA NYONYA: AYAM INCHAE KAY BIN & CUCUR BAWANG ISTIMEWA Jom pelajari cara menyediakan …

📢 WEBINAR BIJAK BERBICARA: BERCERITA SIRI 1 📢 Hello semua! 🌟 Jom sertai Webinar Bijak Berbicara: Bercerita Siri 1 dan tingkatkan keyakinan serta kemahiran bercerita …

JOM SERTAI KAMI!   AI Smart Study Lab: Belajar Lebih Bijak dengan AI Generatif Ingin belajar dengan lebih pantas, tersusun dan berkesan menggunakan AI? Sertai webinar …

JOM SERTAI KAMI! Memperkasa Komuniti: Jana Pendapatan Dengan AI Ingin mengetahui bagaimana AI seperti ChatGPT dan Canva AI boleh membantu anda menjana pendapatan dan meningkatkan …

📢 JEMPUTAN WEBINAR PERCUMA | NADI x CYBERSECURITY LIFELONG LEARNING 🔍 TikTok, Instagram & Threads: Bagaimana Data Anda Dikumpul Tanpa Sedar Tahukah anda setiap like, …

📢Makluman Penutupan Sementara NADI Padungan📢 📝Dimaklumkan NADI Padungan akan DITUTUP sementara pada:📅TUTUP: 22 JULAI 2026 (RABU)_________________________________📗Sempena Cuti Umum: Hari Sarawak✨_________________________________🏢Operasi akan DIBUKA semula seperti biasa …

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin – Ahad

(Kecuali cuti umum)

 

9.00 pagi – 6.00 petang

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi – 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma). Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya