Skip to main content

NADI Padungan

Utama

PERASMIAN NADI PADUNGAN

Kuching, Sarawak – 14 April 2025 (Isnin): Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, telah merasmikan dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu di Pending dan Padungan, Kuching, Sarawak hari ini, sekali gus memperkukuh usaha merapatkan jurang digital dan memperkasa komuniti setempat.

Dengan penubuhan dua buah NADI baharu ini, Sarawak kini mempunyai sebanyak 156 pusat NADI yang berperanan penting dalam merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi komuniti sejajar dengan objektif utama NADI sebagai pusat capaian Internet kolektif, pemerkasaan komuniti, serta penyebaran maklumat yang tepat dan terkini.

YB turut menyeru agar komuniti setempat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dan program yang disediakan di NADI, termasuk inisiatif pemerkasaan komuniti melalui program keusahawanan dan pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI.

Penubuhan NADI merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan pembangunan komuniti, serta komitmen serius kerajaan dalam memperluas pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI.


JOM SERTAI PROGRAM NADI – WEEK 1 | JULAI 2026! Pelbagai program menarik menanti anda sepanjang minggu pertama Julai! Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu, …

Sempena Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Antarabangsa (MSME Day) 2026, NADI bersama ITU-DTC dan Cisco Networking Academy membawakan Kempen Keusahawanan Digital sepanjang bulan Jun. …

Program Siri Cyber Hygiene kini kembali dilaksanakan untuk anda! 🔐 Dalam era digital hari ini, telefon pintar bukan sekadar alat komunikasi, malah menyimpan pelbagai maklumat …

📢 MAKLUMAN KEPADA KOMUNITI PADUNGAN Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan Survei Malaysia Inklusif Digital 2026 bagi menilai amalan, tingkah laku dan literasi …

PROMOSI PENDAFTARAN GUIDANCE TUITION 2026 (FASA KETIGA) Peluang Keemasan untuk Pelajar Tingkatan 4 & 5! Pendaftaran Guidance Tuition 2026 Fasa Ketiga kini dibuka kepada pelajar …

📢 JOM SERTAI WEBINAR CYBERSECURITY! 🔐 BAGAIMANA HAK BANTUAN ANDA BOLEH DICURI? Pernah menerima panggilan, mesej atau pautan mencurigakan yang meminta maklumat peribadi atau bantuan …

Tak perlu beratur panjang atau risau terlepas tarikh akhir! Datang sahaja ke NADI – Pusat Sebaran Maklumat Nasional untuk urusan pembayaran bil anda dengan mudah, …

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Padungan akan ditutup pada:- 31 Mei 2026 (Rabu) – 4 Jun 2026 (Khamis) sempena wesak , hari …

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin – Ahad

(Kecuali cuti umum)

 

9.00 pagi – 6.00 petang

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi – 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma). Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya